Saturday 13 February 2016

Pelan Integriti Nasional (PIN)






 PIN 



·         Kehidupan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama merupakan kurniaan dan kelebihan untuk dimanfaatkan.
·         PIN dibimbing oleh falsafah dan cabaran Wawasan 2020.
·         Selain itu, PIN juga mengambil kira perkembangan antarabangsa, pengalaman negara-negara lain serta impak arus globalisasi.


                                              KONSEP PIN



PIN
*     merupakan sebuah pelan induk yang bertujuan memberikan hala tuju serta bimbingan kepada semua komponen atau sektor masyarakat dan negara.
*     suatu gagasan yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan dengan sokongan padu rakyat pelbagai kaum, lapisan, dan wilayah.
*     Pendekatan PIN adalah untuk mengkoordinasikan usaha semua komponen dan sektor dalam gerakan pemantapan integriti.


 
                              OBJEKTIF PIN


  • Merealisasikan hasrat Wawasan 2020
  • Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor
  • Meningkatkan kesedaran, komitmen, dan kerjasama dalam pelbagai sektor
  • Menggalakkan semangat tanggungjawab dalam kalangana anggota masyarakat
  • Mengukuhkan asas moral masyarakat dan negara
  • Meningkatkan daya saing dan tahan Malaysia.







STRATEGI PELAKSANAAN PIN
  
   
  •  Pelaksanaan agenda integriti untuk institusi keluarga.
  • Pelaksanaan agenda integriti untuk komuniti.
  • Pelaksanaan agenda integriti untuk masyarakat sivil.
  • Pelaksanaan agenda integriti untuk institusi sosiobudaya.
  • Pelaksanaan agenda integriti untuk institusi agama.
  • Pelaksanaan agenda integriti untuk institusi ekonomi.
  • Pelaksanaan agenda integriti untuk institusi politik.
  • Pelaksanaan agenda integriti untuk institusi pentadbiran.







No comments:

Post a Comment